Khamis, 8 Disember 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN NOMBOR

Nombor ialah simbol yang digunakan untuk menyatakan bilangan atau kuantiti . Nombor-nombor masa kini adalah dinyatakan dengan angka 0,1,2,3,4,5,6,7,8,dan 9,Kita menulis nombor dengan cara mengumpulkan angka-angka dalam unit , perpuluhan , ribuan dan sebagainya . Oleh itu , nombor yang kita gunakan sekarang digolongkan  dalam sistem perpuluhan . Mengikut sejarah , manusia zaman purbakala menggunkan batu-batu kecil , garisan yang dilukis di atas dinding gua atau batang kayu , atau membuat simpulan pada utas tali dan sebagainya untuk melambangkan bilangan harta mereka . Peringkat ini merupakan peringkat Pra - Sejarah Nombor .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan